Malayan Union
KAMI BANTAH! KAMI BANTAH! Malayan Union perlu dihapuskan! Kami mahu Raja-Raja kami semula! Mesej bergambar ini untuk menyampaikan berita ini kepada pihak atasan!
Selepas memuat turun pautan yang diberikan. Sekeping gambar akan dipaparkan.

Soalannya memberikan petunjuk bahawa kita harus input jawapannya sebagai nama sebuah tempat. Namun, saya telah mencuba pelbagai jawapan seperti Tapah, Perak tetapi masih salah. Kemudian, rakan sekelas History Buff saya, @NightOwl yang tidak dapat menyertai acara 3108 CTF memberi syarahan sejarah tentang asal usul UMNO.
Selepas itu, saya cuba-cuba untuk mengekstrak fail gambar tersebut, mana tau ada sesuatu hahah.

Ternyata, memang ada fail .txt, dan nampaknya ia adalah pautan ke sebuah video youtube

Video tersebut hanya menceritakan tentang sejarah kesultanan Johor. Tetapi, apabila kita pergi ke bahagian komen. Terdapat satu komen yang menarik

ia adalah teks yang dikod dalam base64

Link tersebut membawa kita ke sebuah laman web yang membolehkan kita untuk memuat turun sebuah file yang bernama "umno-3108.jpg"

Selepeas dimuat turun fail gambar tidak boleh dibuka

Periksa Hex fail gambar tersebut dan bandingkan dengan ciri-ciri file (File signatures)


Kalau periksa dengan teliti, tiga byte pertama fail umno tidak sama. Ini boleh menyebabkan fail menjadi rosak.
Boleh baiki fail tersebut dengan menukar bytes seperti dalam format yang betul.

Dan fail tersebut dapat dibuka.
Gambar tersebut menunjukkan para pembesar, pegawai, dan rakyat Johor bersama-sama menzahirkan rasa tidak puas hati mereka melalui pelbagai cara, termasuk menghantar petisyen, mengadakan perhimpunan, dan mengadakan bantahan di Istana Besar Johor.
Flag: 3108{istana_besar}
Last updated